“VALUE ENGINEERING WORKSHOP” BAGI PROJEK PELEBARAN SILK

PROLINTAS dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah menganjurkan Value Engineering Workshop bagi projek naik taraf Fasa 3 Lebuhraya SILK yang berakhir pada 21 November.
Program ini merangkumi perbincangan menyeluruh yang bertujuan mengoptimumkan reka bentuk serta kos projek pelebaran, sekali gus memberi manfaat kepada pelaksanaan projek infrastruktur berskala besar terutamanya projek lebuh raya pada masa hadapan.
Majlis pembukaan telah disempurnakan dengan kehadiran Ketua Pengarah LLM, Dato’ Ir. Sazali Harun; Ahli Lembaga Pengarah Prolintas Managers Sdn Bhd, Datuk Syed Azmi Syed Othman; serta Pengarah Eksekutif PROLINTAS, Mohamad Idros Mosin. Lebih 100 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta turut serta dalam program ini.