CSR

BENGKEL TERRARIUM DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BENGKEL TERRARIUM DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROLINTAS dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel Terrarium yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kelestarian alam sekitar.

Seramai 140 pelajar UPM telah menyertai bengkel ini, yang memberi peluang kepada mereka untuk menonjolkan kreativiti dan kemahiran dalam menghasilkan terrarium. Hasil kerja yang dihasilkan bukan sahaja menjadi simbol kreativiti, malah diharapkan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif, mengurangkan stres serta memupuk rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan usaha PROLINTAS dalam menyokong inisiatif pendidikan dan kelestarian, di samping memperkukuh hubungan dengan komuniti universiti.

#Prolintas #UPM #GreenSquad #KreativitiHijau #Kelestarian