CSR

KEMPEN BERKEBUN PROLINTAS BERSAMA TABIKA KEMAS

KEMPEN BERKEBUN PROLINTAS BERSAMA TABIKA KEMAS

PROLINTAS telah mengadakan Kempen Berkebun Bersama Tabika KEMAS dengan kerjasama Free Tree Society melalui inisiatif hijau kelestarian korporat (CSR) yang bertujuan untuk memupuk kesedaran alam sekitar dari peringkat awal persekolahan.

Seramai 180 pekebun kecil dari enam Tabika KEMAS yang terletak dalam jajaran lebuh raya seliaan PROLINTAS terlibat dalam aktiviti penanaman pokok di sekitar kawasan tadika.

Inisiatif ini merupakan langkah penting ke arah mencapai SDG 15: Kehidupan di Darat, memastikan pemeliharaan ekosistem. Bersama kita menyemai benih masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang.