Program ‘Penyerahan Pek Penjagaan Diri Untuk Pekerja Pembinaan Lebuhraya DASH’
Program ‘Penyerahan Pek Penjagaan Diri Untuk Pekerja Pembinaan Lebuhraya DASH’.
Program ini merupakan salah satu aktiviti kesedaran demi mencegah penularan wabak virus COVID-19 di kalangan pekerja pembinaan lebuhraya DASH. Sebanyak 1,250 pek penjagaan diri akan diberikan kepada pekerja Lebuhraya DASH.
Senaman ringan serta taklimat keselamatan oleh Pegawai Kanan Keselamatan dan Kesihatan Lebuhraya DASH juga dilakukan semasa program ini dijalankan.
Seterusnya penyerahan Pek Penjagaan Diri di sempurnakan oleh Pengurus Besar Lebuhraya DASH, Dato Ir. Ts. Latib Hj Rasol kepada pekerja pembinaan Lebuhraya DASH.