PROLINTAS sumbang pek makanan dan barangan runcit di sekitar jajaran lebuh raya kendaliannya
Ramadan lebih berkat apabila rezeki dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Tahun ini, PROLINTAS sekali lagi memberikan tajaan berbuka puasa sempena bulan ramadan di bawah program tanggungjawab korporat sosial syarikat, #BerkatRamadan.
Tajaan 300 pek makanan telah diedarkan ke enam buah rumah anak-anak yatim di sepanjang jajaran Lebuhraya AKLEH, GCE dan LKSA.
PROLINTAS juga telah menyumbangkan barangan runcit kepada 15 buah masjid dan surau yang terletak dalam jajaran Lebuhraya SILK, SUKE dan DASH.
#PROLINTASKomuniti #PROLINTASHighways #AKLEH #GCE #LKSA #SUKE #DASH #SILK